PPISMP Pengajian Islam & Al-Quran Ambilan Julai 2009,Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Jalam Maktab, Durian Daun,75990 Melaka,e-mail nurulsyazwanipa09@gmail.com,Tel No:013-4172187

Bingkisan Buat Muslimah

Siapalah diriku ini untuk membuatkan dirimu menangis sebak, dan apakah layak bagiku untuk menasihati dirimu. Namun, inilah yang mampuku lafazkan, yang mampuku laungkan setelah kian lama terbuku di jiwa yang lara. Kuharap segalanya diterima dengan berlapang dada, kerana inilah taklifan buat diriku yang bergelar Adam, untuk meluruskan tulang rusuk yang ditakdirkan bengkok. Bukankah diciptakan wanita untuk dilindungi sepenuh hati? Melihat senario kaum Hawa dewasa ini, diriku tertanya-tanya penuh kemusykilan. Mengapa dirimu kian jauh daripada-Nya ? Apakah dirimu telah lupa akan hukum-hakam yang disusun-Nya? Ke manakah menghilangnya generasi mujahidah harapan agama? Ingatlah duhai muslimah. Dirimu itu diciptakan sebaik-baik kejadian. Jangan sekali-kali ciptaan Yang Maha Tinggi dipersiakan. Hanyalah redha-Nya yang kita impikan, bukannya undangan kemurkaan-Nya yang kita harapkan. "Takutlah kamu kepada wanita, kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani Israel adalah kaum wanita..." (Mutafaq 'alaih) Jelas bersuluh di dalam sabda Baginda yang dirindui, sesungguhnya kaum hawa mampu menggoncang dunia. Jauh sekali tafsirannya bahawa wanita diciptakan sebagai perosak, sebaliknya wanita diciptakan untuk dinobatkan sebagai sayap kiri bagi para mujahid. Dalam berjuang demi menegakkan Deen di dalam diri, keluarga juga ummah. Wanita itu bisa menjadi madu, kenikmatan dan kemanisannya menjadi pemangkin pada kebangkitan Islamiah. Inilah yang diharapkan dari insan yang bergelar muslimah solehah. Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun, bisanya terus memudaratkan seraya menghancurkan agama yang dicintai. Nauzubillahi min zalik! Jauhkan dirimu dari palitan noda maksiat, membutakan hati dan meruntuhkan peganganmu. "Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..." (Mutafaq 'alaih) Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana. Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri, natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya.

Kisah Tauladan

Mahar Cinta-Devotees

Saturday, October 31, 2009

Pengalaman pertama...

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia serta inayahnya dapatlah saya menyiapkan blog ini dengan jayanya. Selautan terima kasih saya ucapkan kepada Dr Haji Kamarudin bin Abu Hassan kerana telah banyak membantu dan membimbing saya dan kawan-kawan dalam menghasilkan blog ini. Jasamu akan sentiasa kami kenang. Terima kasih juga saya ucapkan kepada teman-teman yang banyak membantu saya dalam penghasilan blog ini. Jasa kalian akan saya kenang sampai bila-bila. Sesungguhnya penghasilan blog ini dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan saya. Ia merupakan pengalaman pertama saya. Sebelum ini saya langsung tidak mengetahui cara-cara untuk membuat blog ini. Namun, alhamdulillah berkat tunjuk ajar dan bimbingan dari pensyarah pembimbing serta teman-teman, akhirnya dapatlah saya menghasilkan blog ini.